Keseluruhan puisi mengandungi tema pengajaran dan nasihat seperti yang di maksudkan di atas. Walaubagaimanapun maksud fras ‘nasihat dan pengajaran’ itu sesungguhnya amat luas, meliputi pengertian membimbing, medidik, menberikan panduan, peringatan, iktibar, tauladan, kias ibarat dan sebagainya. Pendekatan dalam menyampaikan pengajarn juga tidak semestinya jelas, objektif atau secara langsung sebaliknya sesuai dengan adat dan resam masyarakat melayu, khususnya dalam konteks masyarkat dalam zaman tradisional, penyampaian mesej umumnya secara tidak langsung, melalui sindiran, kiasan, peribahasa, pepatah dan petitih atau ungkapan-ungkapan yang bererti 2 lapis, dengan maksud untuk mengelakkan diri dari menyinggung perasaan atau menghina, tetapi mempunyai kesan yang dalam.
Sehubungan dengan keadaan tersebut, pembahagian tema mencukupi skop yang luas, jesteru itu memerlukan perincinan dan pemecahan kepada tema-tema kecil yang berhunbungan dengan tema induk seperti pembahagian yang diberikan dibawah ini:
1. Pengajaran dan nasihat melalui alam dan kehidupan kanak-kanak.
2. Pengajaran dan nasihat melalui jenaka dan sindiran.
3. Pengajaran tentang adat dan etika.
4. Pengajaran tentang budi dan budi bahasa.
5. Pengajaran melalui pendidikan dan agama.
6. Nasihat tentang ilmu dan kepentingan
7. Nasihat melalui peribahasa, kias dan ibarat.
8. Panduan dan nasihat dalam aspek ekonomi dan sosial.
9. Panduan dan nasihat dalam berkasih sayang.
1. PENGAJARAN DAN NASIHAT MELALUI ALAM DAN KEHIDUPAN KANAK-KANAK.
Tema, pengajaran dan nasihat dapat disampaikan melalui puisi atau pantun yang berkaitan dengan alam dan kehidupan kanak-kanak. Dari segi teori prndidikan yang sosial, ia dikenali sebagai pendidikan formal atau sosialisasi. Segala bentuk pendidikan asas menjadi menusia yang baik telah mula ajar sejak anak itu dilahirkan, malah sesetengah pendapat ketika masih dalam kandungan.
Dalam genre puisi kategori ini dikenali sebagai puisi kanak-kanak atau bagi pantun ‘pantun kanak-kanak’. Pantun-pantun ini tergolong kepada pantun yang mudah dari segi struktur dan tema serta pada cirri-ciri astetiksa yang lain. Kata-katanya lebih banyak berfungsi untuk mengadakan rima. Ia mudah diinggati dan digunakan oleh kanak-kanak dalam kehidupan sehari-hari. Unsur pengajaran yang disampaikan boleh merupakan nasihat ibubapa dan ahli keluarga yang lebih tua kepada anak-anak dan sanak saudara yang lebih muda, misalnya dalam pantun dibawah ini:
Contoh: Balai goyang-goyang
balai tangah air
Rupa bagai wayang
gulai mentah cair
Maksud pantun diatas menjelaskan, iaitu mengajar anak-anak supaya bukan sahaja pandai menghias dengan cantik, menawan dan bergaya hingga banyak orang yang terpikat dengannya. Nasihat juga terkandung dalam pantun diatas iaitu bentuk sindiran miaslnya, setiap gadis atau wanita perlu diberi pendidikan rumah tangga seperti pandai memasak iaitu memasak sayur-sayuran atau gulai pun tidak tahu mentah dan banyak air.
Satu lagi pantun yang cukup dikenali tentang anak yang malas belajar, tidak mahu belajar walaupun disuruh sebaliknya tentang makan dia tidak menolak.
Contoh: Seorang papan tarik papan,
buah keranji dalam perahu,
Suruh makan engkau makan
suruh mengaji engkau tak mahu.
Nasihat juga terkandung dalam bentuk sindiran, misalnya jngan merajuk tidak mahu makan \, tidak mahu bercakap atau bermain atau bergurau kerana tidak puas hati atau marah sebab ditegur oleh ahli keluarga yang lebih tua seperti contoh pantun di bawah ini:
Beli rojak pergi pekan,
ke pekan Labi beli selipar
Ada budak merajuk makan,
nasi habis perutnya lapar.
2. PENGAJARAN DAN NASIHAT MELALUI JENAKA DAN SINDIRAN.
Dalam genre pantun, jenis ini terdapat agak banyak dan umum dikalangan masyarakat Melayu di Malaysia dan didaerah nusantara lainnya. Ini bersusuian dengan cerita-cerita yang berunsur jenaka atau farcial dalam tradisi kesusasteraan nusantara khususnya dalam bentuk lisan atau oral.
Dalam masyarakat melayu, selain pelbagai kisah lucu, dan jenaka, dikenali juga watak-watak seperti watak Pak Pandir, Lebai Malang, Pak Kadok, Di Luncai, Abu Nawas, Mat Jenin, dan lain-lain. Kisah-kiasah lucu ini sebenarnya merupakan sindiran terhadap gelagat sesetengah anggota masyarakat secara koleksif. Watak-watak ini diterima pula oleh khalayak yang lebih luas dalam konteks dan maksud yang tersendiri.
Penyampaian tema dalam kategori ini boleh juga secara langsung dan jelas sebagaimana contoh pantun dibawah:
Apa gun berkain batik,
kalau tidak memakai capal.
Apatah guna beristeri cantik,
kalau tak pandai menumbuk sambal.
Maksud pantun di atas menggambarkan tentang kalau mencari isteri janganlah menekankan pada wajah yang cantik, tetapi carilah yang pandai memasak dan menguruskan rumahtangga. Bagi calon isteri, hendaklah bersedia dengan kemahiran asas (pendidikan urusan rumahtangga) yang diperlukan dalam hidup sehari-hari.
Pengajaran juga dapat disampaikan melalui sindiran, misalnya sesuatu yang berlaku dengan cara yang istimewa iaitu sindiran terhadap sikap yang berpura-pura dengan tujuan mendapatkan faedah bagi sindiran sebagaimana contoh pantun dibawah ini:
Hingguk-hingguk goyang-goyang,
nasi lemak gulai leb.
Taruh janggut tidak sembahyang,
buat semak bawah dagu.
Dimasukkan juga kisah merupakan kiasaan Pak Kadok dan Pak Pandir ialah watak-watak lucu dan bodoh yang menggalami kerugian, bencana dan kesuliatan disebabkan kebodohan sendiri. Anggota masyarakat dinasihati supaya tidak menjadi sebodoh mereka dan berhati-hati apabila menemui watak-watak seperti itu member malu merugikan masyarakat seluruhnya.
3. PENGAJARAN TENTANG ADAT DAN ETIKA.
Salah satu budaya masyarakat melayu ialah kepekaan terhadap peranan dan keutuhan adat dalam kehidupan mereka. Ungkapan yang biasa didengar sepert biar mati anak jangan mati adat, dimana bumi dijak disitu langit dijunjung dan berberrapa yang lain bukan sahaja sebagai kata-kata hiasan dalam ucapan dan karya sastera tetapi diamalkan dan dilaksanakan dalam kehidupan reality.
Dalam genre pantun terdapat ratusan yang merujuk kepada kepentingan adat, salasilah, asal-usul asat dan hubungan adat dengan agama dan kitab Allah, Al-Quran. Selain adat resam yang telah dijadikan panduan dalam hidup, terdapa juag peraturan yang telah dijadikan adat, adat yang diadakan dan adat istana. Dalam kehidupan masyarakat melayu, seluruh aktiviti masyarakat disesuaikan dengan kehendak dan peraturan adat yang dianggap sebagai undang-undang. Contih pantug adat sebagai tanda masyarakat atau bangsa yang bermaruah dibawah ini.
Apalah tanda batang putat
batang putat bersegi buahnya.
Apalah tanda orang beradat,
orang beradat tinggi maruahnya
Laksaman berbaju besi,
masuk hutan melanda-landa.
Hidup berdiri dengan sakti,
adat berdiri dengan tanda.
Maksud pantun diatas menggambarkan tentang adat dikenali kandungan dan fungsinya merupakan kepercayaan, pegangan dan amalan yang lahir dan diabadikan dalam kehidupan masyarakat berkenaan.
Masa kini orang melayu sudah melupakan adat resam yang menjadi pustaka bangsanya. Dengan kehilangan adat itu, masyarakat melayu sudah tiada pegangan dalam menjaga budi dan akhlak seperti sewajarnya.
4. PENGAJARAN TENTANG ASPEK BUDI DAN BUDI BAHASA.
Bangsa Melayu diseluruh daerah dan dunia melayu sejak dahulu lagi dikenal sebagai bangsa Mewlayu berbudaya, berada dan berbudi bahasa. Mereka amat peka tentang pentingnya member budio dan membalas budi. Budi diberikan dengan ikhlas tanpa mengharapkan apa-apa balasan, kerana budi yang mengharappkan balasan itu tidak dianggap sebagai budi.
Selain budi yang berupa pemberian, dalam bentuk harta atau barang berharga, budi juga terpancar daripada sifat-sifat mulia, hormat0menghormati, kasih sayang, taat setia dan bersedia berkorban untuk kepentingan orang yang dikasihi.
Beberapa rangkap pantun yang menjelaskan sikap manusia, tanggap dan amalan masyarakat melayu dalam konteks budi dan budi bahasa.
a. Budi yang menjadi kenangan yang abadi:
Ambikan saya buah deima,
masak sebiji dibalik daun.
Budi tuan saya terima,
jadi kenangan bertaun-taun.
b. Budi yang baik akan dikenang hingga ke akhir hayat.
Anak merak di Kampong Cina,
cari makan di kepala titi.
Emas perak kebesaran dunia,
budi yang baik dibawa mati.
Diperlihatakan bagaimana budi dan budi bahasa itu sebagai satu sifat yang terpuji. Oleh itu hendaklah ditanamke dalam jiwa anggota masyarakat, terutamanya anak-anak dan remaja supaya mengamalkan sifat mulia dan budi luhur itu sepanjang hidup mereka dan kepada siapa sahaja.
5. PENGAJARAN MELALUI PENDIDIKAN DAN AGAMA
Sesuai dan konsep sastera sebagai wadah atau sastera dalam menyampaikan pengajaran, bimbingan dan panduan, hampersemua hasil sastera mengandungi mesej dan matlamat kea rah itu, bersifat didaktik, mengajar, malah berkhutbah untuk kebaikan khalayaknya.
Dalam genre pantun misalnya menyampaikan pengajaran dannasihat pelbagai bentuk dan pendekatan telah digunakan. Pengajaran tentang Islam, beribadat, menuntut ilmu agama, berdakwa, mendirikan yang hak dan menghapuskan yang batil, menyampaikan secara langsung, abjektif atau tersurat.
Sementara tentang akhlak, adab dan budi pekerti disampaikan serta tersirat dalam ungkapan yang kreatik atau bersahaja tetapi sarat dengan mesej untuk membimbing dan member panduan.
Pantun di bawah ini merupakan pengajaran dari segi keagamaan.
a. Daun tarap di atas dulang,
anak udang mati dituba.
Dalam kitab ada terlarang,
perbuatan haram jangan dicuba.
b. Dua likur harinya Ahad,
bulan mengambang atas angkasa
Allah Yang Esa Maha Melihat,
Tuhan Yang Adil Yang Maha Kuasa.
Pantun yang tidak jelas bermaksud mengajar, menyampaikan mesej yang sama melalui sindiran, kiasan, ibarat atau peribahasa. Contoh:
Kalau tuan mengail ikan,
jangan mengail ikan sepet.
Bukanlah dahulu saya berpesan,
pohon berduri jangan dipanjat.
6. NASIHAT TENTANG ILMU DAN KEPENTINGAN.
Kebanyakan genre pantun puisi melayu tradisional, tema pengajaran tentang ilmu, kepentingan ilmu dan pesanan supaya menuntut ilmu dengan bersungguh-sungguh merupakan tema yang popular dan penting. Dalam genre pantun bukan saja bentuk biasa, (4 baris, 6 baris, dan pantun berkait) tetapi juga bentuk rejang yang menggabungkan pantun dan syair.
Anak ayam turun sepuluh,
mati seekor tinggal sembilan.
Ku tuntut ilmu bersungguh-sungguh,
akan bekalan hari kemudian.
Pantun di atas bermaksud menasihati anggota masyarakat, khususnya para pelajar supaya menuntut ilmu secara bersungguh-sungguh, supaya tidak menyesal hari kemudian.
Kelebihan ilmu, jelas membawa mesej menuntut ilmu dan kepentingan ilmu merupakan pegangan dan panduan dalam hidup yang membawa kebajikan dunia dan akhirat.
7. NASIHAT MELALUI PERIBAHASA, KIAS DAN IBARAT.
Tema pengajaran juga dapat disampaikan melalui puisi yang merujuk kepada peribahasa seperti perumpamaan, pepatah, kiasan dan ibarat.
Dalam genre pantun, peribahasa yang digunakan lebih banyak berupa kiasan dan pepatah. Contoh pantun:
Air surut memungut bayam,
sayur diisi di dalam kantung.
Jangan diikut resmi ayam,
bertelur sebigi riuh sekampung.
Maksud pantun diatas ialah memberi pengajaran supaya tidak menguar-uarkan sesuatu jasa yang dibuat.
Dang Vila memangku puan,
berembang buah pedada.
Adakah gila bagimu tuan,
burung terbang dipipiskan lada.
Maksud pantun diatas memberikan pengajaran supaya jangan berangan-angan sebelm mendapat sesuatu perkara yang belum pasti.
8. PANDUAN DAN NASIHAT DALAM ASPEK EKONOMI DAN SOSIAL.
Masyarakat melayu jangan peka terhadap kepentingan usaha dan berkerja kuat dalam kehidupan, termasuk aktiviti perniagaan dan sosial. Dalam usaha berniaga dinyatakan nilai-nilai baik dan wajah diamalkan. Contoh pantun:
Apa bunga tidak bertangkai,
itu bernama bunga rampai.
Kalau tak pandai ilmu berkedai,
habis model untung tak sampai.
Demikian juga pentingkan memperlajari ilmu dan selok-bilok perniagaan mengurus dan menggunakan modal untuk mencapai kesan yang menguntungkan.
Ikan sepat mudik ke Hulu,
anak haruan putih dada.
Siapa cepat dia dahulu,
siapa kemudian putih mata.
Maksud pantun di atas, jangan tamak untuk mendapatkan untung hingga menyusahkan orang lain atau seterusnya akan mengalami kerugian.
9. PANDUAN DAN NASIHAT DALAM BERKASIH SAYANG.
Pantun dalam kategori ini tidaklah semuanya pantun jenis yanha menyatakan pada perasaan kasih sayang, rindu, beci, terdapat juga pantun-pantun yang mengandungi mesej pengajaran, nasihat dan panduan dalam aspek kehidupan dan pengalaman berkasih sayang , khususnya antara pasangan yang sedang atau baru terlibat dalam alam percintaan.
Antara aspek yang diberi tekanan adalah tentang perlunya kesetiaan dan pengobanan antara pasangan yang bercinta. Ini termasuk mengotakan janji, menjaga kesucian dan keutuhan cinta, tidak terpikat atau berubah hati kepada yang lain. Pasangan kekasih hendaklah setia berkorban, mempertahankan kasihnya daripada sebarang ancaman, terutamanya dalam hal berlainan kufu, tidak setaraf atau status keturunan masing-masing. Contoh pantun:
a. Kesetiaan berkasih
Air serbat didalam cangkir,
sampai ke jawa saya curahkan.
Haram taubat saya tak mungkir,
badan dan nyawa saya serahkan.
Angkut-angkut terbang kelangit,
mati disambar anak merbah.
Tertangkap bumi dan langit,
setia tidak berubah.
b. Jangan berharap atau bermain dengan kekasih orang.
Apa diharap padi di sebelah,
entah berderai entah tidak,
entah dimakan pipit melayang.
Apa diharap kekasih orang,
entah bercerai entah tidak,
entahkan makin bertambah sayang.
Kesimpulannya, dapat dikatakan skop pengajaran atau nasihat yang disampaikan melalui puisi khususnya pantun amat luas. Sastera tradisional yang mementingkan objektif pengajaran dan bimbingan kepada khalyak umum iaitu anggota masyarakat malah bangsa dan warganegara.
Bidang ilmu juga tidak terhad kepada ilmu akhirat, agama dan ibarat, tetapi meliputi ilmu dunia, kemahiran dan pekerjaan, perniagaan dan kepentingan. Kumpulan puisi ini merupakan sebahagian daripada bukti kearah matlamat tersebut iait untuk menyampaikan pengajaran, nasihat, panduan dan bimbingan semua lapisan masyarakat yang mewarisi puisi ini.