Khamis, 10 September 2009

PANTUN

Pantun adalah jenis puisi lama yang berangkap tetap. Perkataan pantun membawa erti sesuatu yang teratur, tersusun, suatu karangan yang bahasanya terikat atau tidak.
Pantun sejenis puisi tradisi melayu, iaitu tulin milik orang melayu semenjak mereka belum tahu membaca dan menulis. Pantun menjadi pengucapan bagi menyampaikan pemikiran yang hiba, sedih, sayu, gembira, rindu, dendam dan lain-lain seseorang mengenai sesuatu perkara.
Dari segi bentuk fizikal, pantun terdiri dari 2 bahagian. Bahagian pertama berfungsi sebagai pembayang maksud atau sampiran dan bahagian kedua berfungsi sebagai menerangkan maksud dan isi pantun. Pantun terdiri daripada 2 baris, 4 baris (pantun biasa), 6 baris, 8 baris, 10 baris, 12 baris, 14 baris, dan pantun berkait.
Rima hujung baris pantun terdiri dari a/a bagi pantun 2 baris, pantun 4 baris, rima hujungnya a/b/a/b, pantun 6 baris, rimanya a/b/c/a/b/c, pantun 8 baris, rima hujungnya a/b/c/d/a/b/c/d dan lain-lain.
Diantara jenis pantun yang tersebut diatas, pantun 4 baris adalah yang paling popular. Ia dianggap sebagai pantun biasa dan paling banyak dicipta dari dulu hingga sekarang. Ia mempunyai bentuk seperti baris ke 1 dan 2 sebagai pembayang maksud atau sampiran. Baris ke 3 dan 4 mengandungi maksud atau isi. Rima akhir barisnya ialah a/b/a/b, dengan junlah sukukata bagi setiap barisnya antara 8 dan 12 sukukata.
Pantun di atas di kategorikan dari segi teknik penulisan atau dari segi strukutur betuknya yang berdasarkan kepada bilangan baris bagi setiap rangkap dan ketat:
Limau purut lebat ke pangkal, (a)
batang selisih condong uratnya. (b)
Angin rebut dapat disangkal, (a)
hati kasih ada ubatnya. (b)

Ciri-ciri pantun yang baik ialah:

1. Bahagian pembayang atau sampiran hendaklah indah ataupun mengambarkan keindahan alam sekelilng kita, warna yang cantik, bau yang wangi, bunyi yang sedap, daun-daun, bunga-bunga. Awan dan sebagainya.

2. Maksud yang hendak disampaikan oleh pantun tersebut hendaklah indah juga mengandungi tujuan yang luas dan dalam dengan susunan kita yang menarik hati. Jika disampaikan dengan kias ibarat adalah lebih baik.

Fungsi pantun dalam masyarakat melayu lama

Pantun tekah berfungsi dalam kehidupan masyarakat melayu lama kerana berfungsi alam:

1. Segala aspek kehidupan
2. Digunakan oleh tiap golongan, kanak-kanak, orang muda dan juga golongan tua.

Kenyataan diatas dapat diterima jika ditinjau dari segi pantun.

1. Pantun digunakan dalam upacara-upacara yang bersifat ritual.
Pantun mengiring perembahan dalam bentuk lagu (nyanyian) dengan iringi tarian tau grap fizikal yang membayangkan pelakuan-pelakuan dengan yang berhubungan dengan sesuatu ‘ritual’, contohnya, permaian ulit wayang.

2. Pantun memainkan peranan penting dalam kegiatan-kegiatan seni yang berfungsi sebagai hiburan sama ada berupa nyanyian sahaja tanpa tarian seperti:

 Dondang sayang di Melaka
 Dikir barat di Kelantan
 Bermukun di Brunei
 Danggung di Perlis
 Joget di Brunei.

3. Pantun digunakan dalam kegiatan-kegiatan berunsur agama dan kepercayaan. Biasanya pantun diselitkan seni kata dalam bahasa Arab. Beberapa contoh kegunaan pantun yang bersifat semikian seperti:
 Dikir di Pahang
 Permainan darbus di Perak.

4. Pantun sebagai alat komunikasi antara anggota masyarakat dalam semua kegiatan masyarakat melayu, pantun turut memainkan peranannya misalnya dalam suasana:
- Berkasih sayang, pantun kasih sama ada penyataan secara langsung atau melalui perlambangan-perlambangan.
- Istiadat perkahwinan, pantun meminang dan pantun kanak-kanak.
- Untuk menyatakan rasa gembira, sedih, dukacita, mesra, lucu atau sindiran, pantun sukacita, pantun kanak-kanak, pantun jenaka, pantun teka-teki, pantun kiasan dan sebagainya.

5. Fungsi pantun tidak terbatas. Ia meliputi semua aspek kehidupan masyarakat melayu. Dengan itu pantun dapat dikatakan sebagai cermin hidup orang-orang melayu.

Tahap Usia dan Fungsi Pantun

Ketika dalam buaian. Nyanyian ibu, kakak mendodoi anak atau baik.

Alam kanak-kanak Pantun kanak-kanak, jenaka, teka-teki, nasihat, suka duka
atau permaian.

Meningkat remaja Pantun kasih-sayang, kiasan, ugama, budi, pantun
meminang, adat perkahwinan , dagang atau sindiran.

Dewasa Budi, agama, nasihat, kiasan, undang-undang, nilai,
kemasyarkatan, ‘ritual’ dan upacara.

Meninggal dunia Jika orang berjasa, ada pantun yang memuji, mengenang
jasa.

Kesimpulannya secara umum, fungsi pantun yang disampaikan meliputi kelakuan dan adat yang baik sebagai satu bangsa yang berbudaya, beradap dan berbudi bahasa dan suruhannya bermasksud untuk berkebajikan sesuai dengan normah pengajaran Islam, budi bahasa yang terpancar daipada sifat-sifat mulia, hormat-menghormati, kasih-sayang, taat setia dan bersedia berkorban untuk kepentingan seseorang.

Peranan dan Kedudukan Pantun dalam Masyarakat Melayu.

Pantun memainkan peranan dan kedudukan penting dalam kehidupan masyarakat melayu tradisional. Peranan pantun antara lainnya ialah:

1. Peranan sebagai alat hiburan
Dinyanyikan atau dilagukan untuk tujuan bersenda gurau, bermain-main, usik-mengusik dan menghibur hato. Contoh: pantun, jenaka, pantun 2 kerat atau baris dan pantun teka-teki.

2. Peranan sebagai gambaran masyarakat dari segi politik, ekonomi dan sosial.
Contoh:
Apa bunga tidak berbangkai,
Itulah bernama bunga rampai.
Kalau tak pandai ilmu berkedai,
Habis modal untung tak sampai.

3. Peranan sebagai alat komunikasi bertaraf tinggi dan intelek.
Contoh: Dalam upacara-upacara adat dan adat-adat seperti adat meminang dan sebagainya.

4. Peranan sebagai alat didaktik, member panduan, nasihat, tunjuk ajar, sindiran, kiasan dan kritikan.

Contoh: Pantun nasihat, pantun budi, dan pantun kanak-kanak.

5. Berperanan sebagai penyampai maksud atau curahan rasa hati terutama dikalangan orang-orang muda yang berkasih-kasihan.
Contoh: Pantun Kasih

6. Pantun memperlihatkan keindahan atau esteika masyarakat melayu kerana sikap orang melayu tidak suka berterus-terang.

Kedudukan pantun

1. Pantun merupakan sebagai genre yang popular dan lumrah dalam masyarakat melayu.

2. Pantun sesuai digunakan oleh semua orang lapisan masyarakat seperti kanak-kanak hingga kepada orang tua.

3. Pantun merupakan imej atau citra yang tulin dalam masyarakat melayu.

4. Pantun dikenali dimasyarakatunia sebagai hak orang melayu.

Kesimpulannya, dapatlah dikatakan bahawa puisi melayu tradisional, khususnya pantun merupakan hasil pengucapan puisi yang mempunyai daya seni yang tinggal mutunya. Ini terbukti daipada kepelbagaian peranan dan kedudukan yang terdapat pada pantun.